6 Ogos 2021, Nilai – Anugerah Keusahawanan Kementerian Pengajian Tinggi 2021 diadakan bagi menggalakkan wujudnya ekosistem yang kondusif bagi pembangunan dan pendidikan keusahawanan di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan. Penganjuran MEA bertujuan untuk memberi galakan kepada peserta untuk berdaya saing serta melahirkan graduan-graduan holistik yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang seimbang.

Program telah berlangsung pada bulan Ogos 2021. Penyertaan ini telah diwakili setiap universiti. USIM telah mencalonkan 5 kategori untuk dipertandingkan seperti:

Kategori A : Anugerah Institusi (Pusat Keusahawanan Universiti PKUU)
Kategori B : Anugerah Peusahaan Pelajar Terbaik (AB Chocojar, Zulfaqar)
Kategori C : Anugerah Perusahaan Graduan Terbaik (Rynaz Attire, Yusrina)
Kategori D : Anugerah Mentor Keusahawanan Terbaik (Dr Ainna Ramli)
Kategori E : Anugerah Projek Keusahawanan Sosial Terbaik (The Sambalkant, Syamim)