Pasukan ENACTUS USIM telah memenangi ALL STARS AWARD sempena ENACTUS MALAYSIA NATIONAL CUP (EMNC) 2016 yang diadakan pada 25-26 Julai 2016 baru-baru ini. Hadiah tersebut telah disampaikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia, En. Khairy Jamaludin.

Pada EMNC 2016 ini, ENACTUS USIM telah mempertandingkan projek Positive Habit Aspire Transformation (PHAT) yang menjurus kepada pendidikan kewangan untuk pelbagai golongan termasuklah peniaga di kalangan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia dan para pelajar sekolah di sekitar USIM.

Tahniah diucapkan kepada ENACTUS USIM dan semoga terus maju jaya dalam melaksanakan projek keusahawanan sosial dalam masyarakat.