ANUGERAH KEUSAHAWANAN USIM

29 NOVEMBER 2015 - Anugerah Keusahawanan USIM (AKU) 2015 merupakan satu inisiatif daripada Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar yang terlibat dengan keusahawanan di USIM. Anugerah Keusahawanan USIM (AKU) ini akan diadakan 2 tahun sekali bagi meraikan mereka yang terpilih dan telah berusaha keras bagi menjayakan setiap projek keusahawanan yang diadakan oleh PPKS.

Selain pengiktirafan kepada pelajar, AKU 2015 ini juga memberi pengiktirafan kepada mentor keusahawanan yang terdiri daripada kakitangan pentadbiran dan akademik sekaligus telah banyak membantu PPKS khususnya dalam membangunkan keusahawanan di USIM. Pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM1,000.00 bagi setiap kategori yang diadakan.

Diharapkan dengan adanya AKU 2015 ini, PPKS dapat melahirkan lebih ramai usahawan siswa yang berjaya dan menjadi salah satu kerjaya pilihan apabila tamat pengajian nanti.