Kiosk Siswaniaga

Penyewaan Kiosk Siswaniaga  adalah terbuka kepada pelajar program sarjana muda USIM yang berdaftar sepenuh masa yang berminat untuk menjana pendapatan, persatuan-persatuan pelajar, sekretariat-sekretariat fakulti dan kumpulan projek lawatan antarabangsa yang rasmi di bawah USIM. Terdapat 6 buah kiosk yang disediakan iaitu di lokasi-lokasi berikut :

- Dataran Selera - 1 buah

- Kolej Kediaman Satu - 2 buah

- Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) - 2 buah

- Fakulti Syariah & Undang-Undang - 1 buah

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Penyewaan Kiosk Siswaniaga yang boleh didapati di Pejabat Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS).Tempoh penyewaan : Minimum selama 1 hari ; Maksimum selama 30 hari/sebulan. Bayaran penyewaan sebanyak RM100.00 / 30 hari dan RM 5.00/ 1 hari. Bayaran hendaklah dibuat sebelum memulakan perniagaan.