NILAI, 17 Februari 2019 – USIM memulakan langkah keusahawanan sosial bersama 20 orang pelajar daripada Daffodil University dan 10 orang pelajar USIM. Berkongsi matlamat yang sama iaitu pendedahan dan pemantapan program keusahawanan sosial yang mana boleh diperkenalkan di dalam pasaran Industri Kecil Sederhana Malaysia (IKS). Program ini telah mendapat liputan media di Bangladesh  serta Malaysia iaitu sebuah program transisi budaya dua negara yang boleh membina kerjasama erat yang jitu dalam pendidikan dan pengajaran keusahawanan pada masa akan datang.