MAJLIS MENANDATANGANI MOU USIM DAN PERFECT TRIANGLE

20 NOVEMBER 2015 - Satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara USIM dan Syarikat Perfect Triangle telah dilaksanakan di Bilik Galeri, USIM. USIM telah diwakili oleh Y.Bhg. Prof Dato Dr Musa Ahmad dan Pengarah PPKS, Dr Ummi Salwa Ahmad Bustamam manakala Perfect Triangle diwakili oleh En Azman Bidin, CEO Perfect Triangle dan En Sharil, pegawai eksekutif syarikat tersebut.

MoU ini diadakan bagi mencapai objektif memperkasa aktiviti dan program keusahawanan di USIM dengan kerjasama erat pihak industri. Hands-On Programme of Entrepreneurship (HOPE) yang akan dikelolakan oleh pihak Perfect Triangle merupakan sebuah program keusahawanan berbentuk praktikal dan berpanjangan (continuous). Pelajar akan mengikuti program selama 6 semester dengan modul HOPE yang telah direka khas. Diharapkan kerjasama dengan pihak industri akan terus mekar supaya USIM terus membantu warganya menjadi job creator dan muslimpreneur berjaya.