BENGKEL PUBLIC-PRIVATE RESEARCH NETWORK SIRI 2

27 JANUARI 2016 - Selepas berjaya menganjurkan Bengkel Public-Private Research Network (PPRN) siri pertama pada September tahun lalu, PPKS sekali lagi mengadakan Bengkel PPRN siri kedua pada 27 Januari 2016. Bertempat di DKF 1.2, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, bengkel ini telah dihadiri oleh hampir 30 orang peserta yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang mempunyai masalah teknikal. 

Bengkel PPRN bertujuan mendedahkan usahawan tentang dana yang disediakan oleh Unit PPRN, KPT sebanyak RM50,000 bagi setiap masalah teknikal. Usahawan yang mempunyai masalah teknikal akan diberi peluang mendapatkan khidmat daripada penyelidik universiti untuk menyelesaikan masalah teknikal mereka supaya produktiviti syarikat lebih meningkat.

Di akhir bengkel, semua peserta dibantu untuk mengisi borang permohonan PPRN supaya proses pemilihan masalah yang dilakukan di KPT lebih lancar. Diharapkan semua peserta mendapat manfaat daripada bengkel yang dianjurkan ini.