Majlis Pelancaran MyAgrosis USIM 2016

Sekretariat Myagrosis di bawah penyelarasan Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Majlis Pelancaran Tapak MyAgrosis USIM pada 12 Mei 2016 di Pusat Komersial, USIM.

Majlis penuh bersejarah ini telah disempurnakan oleh Dato' Ahmad Zakaria Bin Mohamad Sidek, Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia. Sempena majlis ini, Tapak MyAgrosis telah diberi mana baru iaitu "Al-Falah" yang membawa maksud KEJAYAAN.

Kelab MyAgrosis ditubuhkan untuk membangunkan generasi muda hari ini bagi melahirkan generasi muda akan datang yang berdaya saing dan maju dalam sektor pertanian.

Kelab MyAgrosis USIM terbahagi kepada tga sektor terdiri daripada:-

1- Agro Niaga

2- Agro Pertanian

3- Agro Perikanan

 

Objektif utama Penubuhan Kelab ini adalah seperti berikut:-

a) Memupuk minat pertanian kepada siswazah.

b) Memberi pendedahan kepada siswazah tentang pertanian sebagai kerjaya utama.

c) Memberi pendedahan kepada siswazah untuk menceburi diri dalam bidang pertanian.

d) Membantu meningkatkan keusahawanan pertanian kepada siswazah.

e) Untuk membentuk komuniti usahawan siswazah komersial yang lebih dinamik.

 

 

 

Disediakan oleh:

Mohamed Syameer Bin Mohamed Ziaudin

Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa, PPKS

Aras 1, Pusat Komersial Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tel: 06-798 6486 Faks: 06-798 6487