Projek Sunmelon Myagrosis USIM

Alhamdulillah, setelah 3 bulan menjalankan projek fertigasi buah sunmelon, buah-buah tersebut telah dapat dituai hasilnya. Projek ini merupakan hasil keringat para pelajar MyAgrosis USIM yang diketuai oleh Saudara Hazlami dengan kerjasama pihak Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian Malaysia.

Buah sunmelon berharga RM7.50 sekilogram ini dipasarkan kepada para staf dan pelajar USIM. Yang Berbahagia Naib Canselor USIM, Prof. Dato' Dr. Musa Ahmad telah berkenan turun padang dan merasmikan hasil tuaian pertama bagi musim ini.

Berbudi kepada tanah memang berbaloi hasilnya. Semoga projek ini akan diteruskan dengan penglibatan lebih ramai pelajar kerana pertanian adalah satu cabang keusahawanan.