KOSISWA USIM

Apa itu KOSISWA?           

Koperasi Siswa Universiti Sains Islam Malaysia Berhad (KOSISWA USIM) merupakan koperasi pelajar Universiti Sains Islam Malaysia yang ditubuhkan pada  25 Jun 2012.        
Matlamat utama penubuhan koperasi ini adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi mahasiswa USIM  mengikut prinsip-prinsip koperasi. Dengan cara ini mereka terlibat secara langsung dengan aktiviti ekonomi yang diusahakan secara berkoperasi, justeru menambahkan sumber pendapatan mereka semasa di dalam pengajian.

Siapa yang boleh menjadi anggota?

  • Pelajar Sarjana Muda Universiti Sains Islam Malaysia (Warganegara Malaysia).

Faedah Menjadi Ahli KOSISWA          

  • Berpeluang menguruskan perniagaan di bawah KOSISWA
  • Berpeluang Menjadi Ahli Lembaga Koperasi KOSISWA
  • Mendapat dividen tahunan di atas keuntungan dari KOSISWA

 Bagaimana untuk memohon menjadi anggota?

  • Lengkapkan borang permohonan dan 1 keping gambar (berukuran pasport)
  • Sertakan 1 salinan kad matrik dan kad pengenalan
  • Wang pendaftaran RM5 bagi setiap permohonan anggota baru

 Yuran Penyertaan/Pelaburan          

  • Yuran Penyertaan – RM 5.00
  • Syer modal – RM 20.00/ 1 unit