ENACTUS


ENACTUS telah bergiat aktif dalam menjana pembangunan komuniti di Malaysia berdasarkan kriteria yang digariskan oleh Enactus Worldwide Foundation dengan  mengambil kira faktor sosial, ekonomi, alam sekitar dan keusahawanan yang releven, dimana pasukan Enactus dapat memberi impak berkesan dalam memperkasakan masyarakat yang memerlukan dengan mengaplikasikan konsep perniagaan dan ekonomi serta pendekatan keusahawanan dalam setiap projek yang dilaksanakan. Projek Enactus dijalankan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia di mana para pelajar perlu mengadaptasi kesemua kriteria di dalam setiap projek yang dijalankan dan para pelajar dicabar untuk mengubah mentaliti dan juga tahap kehidupan sesebuah komuniti yang menjadi sasaran mereka.

Projek Musaceae yang merupakan projek penanaman pokok pisang di perkampungan orang Asli di Kampung Klaka, Jelebu, Negeri Sembilan adalah antara projek keusahawanan sosial yang dijalankan oleh ENACTUS USIM. Selain penanaman pokok pisang dengan kaedah moden, hasil tanaman pula dikomersilkan dengan cara pemasaran yang lebih berkesan.

Manakala projek Claridae merupakan salah satu aktiviti kebajikan untuk membantu meningkatkan taraf hidup golongan miskin luar bandar yang dilihat kurang mampu untuk dalam perbelanjaan seharian berikutan peningkatan harga bahan mentah dan kos hidup diri sendiri dan keluarga di kawasan- kawasan bandar. Jadi projek “ claridae “ merupakan salah satu inisiatif Kelab ENACTUS USIM untuk membantu golongan miskin luar bandar dan keluarga mereka. Target golongan sasaran telah pun dikenal pasti  iaitu tiga orang dari Kampung Kondok dan dua orang lagi terdiri dari Kampung Sadap dan Kampung Labu Hilir, Negeri Sembilan.

Projek seterusnya adalah Positive Habit Aspire Transformation Project atau "P.H.A.T. PROJECT" yang merupakan aktiviti kesedaran sosial bagi membantu golongan yang memerlukan melalui kaedah pengurusan kewangan yang cekap dan mampu memberi pendapatan yang berterusan kepada golongan sasaran iaitu pelajar- pelajar sekolah rendah, dan kumpulan isi rumah berpendapatan terendah disekitar Negeri Sembilan. Projek ini dilaksanakan untuk memberi kesedaran yang boleh membantu, membimbing dan mengajar dalam kaedah pembelajaran serta pada masa yang sama memantau kelancaran golongan sasaran menguruskan kewangan mereka sendiri  dengan cekap. Projek ini juga merupakan salah satu medium untuk menambahkan ilmu pengetahuan celik kewangan dengan betul dan membantu serta membimbing golongan sasaran menguruskan kewangan mereka dengan efektif. Di samping golongan sasaran memperolehi kemahiran tentang pengurusan kewangan serta kaedah untuk memperbaiki dan meningkatkan proses  pengurusan perniagaan mereka. Tujuan projek ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan serta cadangan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, kumpulan isi rumah berpendapatan rendah tentang cara pengurusan kewangan dengan betul disamping membimbing dan memantau cadangan yang diterima dan dipraktikkan oleh kumpulan sasaran selepas mereka memperolehi pengetahuan tentang kaedah pengurusan kewangan yang betul dan berkesan.

Di samping itu, projek Golden Oil  pula merupakan sebuah projek dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengitar semula sisa buangan seperti minyak masak yang telah digunakan. Selain itu, projek ini bertujuan untuk  mengumpulkan sebanyak mungkin minyak masak terpakai daripada masyarakat. Projek ini berasaskan konsep keusahawanan sosial yang akan mengumpul dan membeli minyak masak terpakai daripada penduduk setempat. Seterusnya minyak masak terpakai tersebut akan dijual  kepada kilang yang akan memproses bahan buangan tersebut kepada biodiesel, bahan mesra alam. Di samping itu, budaya kitar semula sisa bahan buangan akan diterapkan dan seterusnya supaya tiada lagi sisa minyak masak terpakai dibuang terus ke bumi. Pembuangan sisa buangan yang tidak terancang akan mengakibatkan bencana alam seperti banjir dan peningkatan penyakit berbahaya seperti denggi.