Myagrosis

Sekretariat MyAgrosis ditubuhkan untuk membangunkan generasi muda hari ini bagi melahirkan generasi muda akan datang yang berdaya saing dan maju dalam sektor pertanian.

Sekretariat Kelab MyAgrosis USIM terbahagi kepada tiga sektor terdiri daripada:-

1- Agro Niaga (Kshoppe)

2- Agro Pertanian (fertigasi tanaman terung, cili, rockmelon dan sunmelon)

3- Agro Perikanan (ternakan ikan keli dan ikan tilapia)

 

Objektif utama Penubuhan Kelab ini adalah seperti berikut:-

a) Memupuk minat pertanian kepada siswazah.

b) Memberi pendedahan kepada siswazah tentang pertanian sebagai kerjaya utama.

c) Memberi pendedahan kepada siswazah untuk menceburi diri dalam bidang pertanian.

d) Membantu meningkatkan keusahawanan pertanian kepada siswazah.

e) Untuk membentuk komuniti usahawan siswazah komersial yang lebih dinamik.