KUALA LUMPUR, 15 September 2019 – Tidak berakhir dengan dua program sahaja malah USIM sekali lagi diberikan tanggungjawab besar dalam melahirkan siswa Islam yang beretika dalam menjalankan perniagaan semasa dan selepas pengajian. Siswapreneur Business Ethics and Compliance (SBEC) telah diberikan kepada USIM bagi meneruskan aktiviti pendidikan keusahawanan yang berteraskan perundangan dan peraturan yang berkuat kuasa. USIM telah memilih penyertaan daripada pelbagai institusi pengajian sebagai langkah harmoni dalam membina hubungan pemasaran dan kemasyarakatan majmuk. SBEC telah menumpukan pengetahuan integriti, pemakaian hak cipta, percukaian dan isu-isu semasa yang telah dimanipulasikan kepada pelajar-pelajar dalam kes skim cepat kaya. Seramai 50 orang pelajar dari pelbagai institusi telah berjaya mengikuti keseluruhan modul yang disediakan sekaligus dilantik sebagai Mentor Siswa SBEC sekembalinya mereka ke institusi pengajian masing-masing.