Seramai 40 orang pelajar USIM dari pelbagai fakulti dan tahun pengajian telah terlibat secara aktif dalam program Siswapreneur@USIM. Program yang dijalankan selama 2 bulan bermula 19 Julai – 19 September 2016 ini bertujuan membantu pihak syarikat yang telah menerima dana Public-Private Research Network (PPRN) dari segi penambahbaikan aspek pemasaran dan pengurusan perniagaan.

Para pelajar dibahagikan kepada 8 kumpulan dengan diselia oleh 8 orang pensyarah. Sebanyak 8 buah syarikat telah mengambil bahagian bagi menjayakan program ini. Hasil daripada program ini, para pelajar perlu menyiapkan laporan syarikat dan juga menghasilkan Rancangan Perniagaan manakala pensyarah pula akan menulis kajian kes mengenai syarikat yang dikaji. Program ini merupakan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di mana universiti lain yang terlibat sama adalah UKM, UiTM, UM, UTM, UTHM, UUM dan UTeM.

Semoga para peserta Siswapreneur@PPRN memperoleh ilmu bermanfaat sebagai panduan di kemudian hari.