SEREMBAN, 23 Mac 2019 – Pusat Keusahawanan Universiti dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Cawangan Seremban, Negeri Sembilan menganjurkan program Special Social Entrepreneurship @ Higher Education bersama pelajar Oku USIM yang berminat dalam bidang keusahawanan. Program ini buat julung kalinya telah diadakan bagi mendekati kumpulan orang kurang upaya untuk menceburi bidang keusahawanan sekaligus dapat membuka ruang industri usahawan kecil yang lebih terbuka. Seramai 30 orang peserta telah mengikuti program ini dan telah dikenal pasti potensi dan kefahaman mereka dalam menjalankan perniagaan yang terbaik. Kumpulan ini juga dipantau oleh JKM Seremban bagi memastikan kesemua maklumat modul keusahawanan diterima dengan baik.