Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2010 selari dengan pelancaran Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT pada bulan April 2010. Peranan Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) adalah untuk merancang serta melaksana program-program latihan dan pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar USIM secara berstruktur.

Matlamat utama PKUU adalah untuk melahirkan usahawan graduan Muslim (graduate muslimpreneurs) dan graduan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan (entrepreneurial graduates) yang mempunyai keterampilan tinggi dan berakhlak mulia.

Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) menjadi agen penghubung di antara USIM dengan Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti-universiti Malaysia (MAKMUM) di peringkat kebangsaan. Hubungan ini memantapkan usaha-usaha pembangunan keusahawanan siswa di USIM agar selaras dengan pembangunan keusahawanan siswa di universiti-universiti lain bagi menyokong serta merealisasikan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT.