9 HINGGA 12 NOVEMBER 2015 – Lanjutan dari LAKIS 2015, Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) telah mengadakan Kursus Lanjutan Keusahawanan Islam Siswa (KLAS) 1.0 yang mana ianya menjadi satu medan untuk memadankan dana perniagaan yang ditawarkan oleh agensi kewangan seperti TEKUN, MARA dan PUNB dengan perniagaan yang dijalankan oleh pelajar.

Seramai 30 orang pelajar USIM telah terpilih bagi menyertai KLAS 1.0 ini dan 5 orang fasilitator turut terlibat bagi membantu para pelajar sepanjang program dalam membangunkan sebuah Rancangan Perniagaan yang berkualiti serta mengikut format yang telah ditetapkan.