Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Latihan Asas Keusahawanan Islam Siswa (LAKIS 3.0) buat kali ketiga. Pada tahun ini LAKIS telah berlansung di Empress Hotel, Sepang pada 9 hingga 13 April 2016.

Tujuan Program LAKIS ini diadakan bagi memberi pengetahuan dan ilmu tentang keusahawanan kepada mahasiswa USIM yang mempunyai minat mendalam untuk bergiat secara aktif sebagai usahawan. Disamping itu, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dijalankan sepanjang Program berlansung.

Selain itu, Program ini turut dimeriahkan lagi dengan penglibatan pensyarah-pensyarah dari USIM dan juga penceramah jemputan luar seperti Syed Sallleh, Juara rancangan “The Entrepreneur  Media Prima TV3” dan ramai lagi.

Nantikan kemunculan LAKIS 4.0 tidak lama lagi. Sebarang info boleh didapati di Facebook PPKS.