28 JANUARI 2015 – Buat julung kalinya Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) USIM telah membuat Lawatan Kerja keCentre For Entrepreneurship and SME DevelopmentUniversiti Kebangsaan Malaysia (UKM-CESMED) bagi menimba pengetahuan dan pengalaman mereka mengenai proses kerja serta melihat sistem pengurusan UKM.-CESMED. Selain itu juga, lawatan PPKS ke UKM-CESMED ini adalah bertujuan untuk berkongsi idea dan pandangan bagi melahirkan usahawan siswa yang berjaya di kalangan pelajar kampus sekaligus tetap terus menjadi ahli perniagaan apabila tamat pengajian nanti.