1 APRIL 2015 (RABU) – Sekretariat Enactus USIM merupakan kelab pelajar yang aktif dengan aktiviti dan program keusahawanan sosial. IM4U merupakan sebuah pertubuhan bukan keuntungan (Non-Profit Organization) yang menghubungkan rangkaian tanggungjawab sosial pelajar, kakitangan akademik, usahawan perniagaan serta institusi kerajaan dan swasta untuk bertindak menggunakan pendekatan keusahawanan sosial. Di atas tanggungjawab tersebut, pihak IM4U telah berbesar hati memberi sumbangan sebanyak RM17,000.00 bagi menjayakan projek yang sedang dijalankan oleh Enactus USIM. Sumbangan cek tersebut telah disampaikan oleh wakil IM4U kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohamed Asin Bin Dollah (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).