10 SEPTEMBER 2015 – PPKS telah menganjurkan Bengkel Agenda Keusahawanan USIM yang julung kali diadakan di Bilik Galeri, Bangunan Canselori, USIM. Bengkel ini bertujuan membincangkan halatuju keusahawanan di USIM. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada wakil PTJ dan juga usahawan alumni USIM telah hadir bagi memberi input bagi memantapkan aktiviti dan program keusahawanan di USIM.