30 SEPTEMBER 2015 – Pasukan USIM seramai empat orang pelajar iaitu Mushirah Zainuddin dan Sadiq dari Fakulti Sains dan Teknologi serta, Nasrul Hakim dan Iqlima Balqis dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat telah berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Franchise Business Challenge bertempat di Universiti Putra Malaysia. Pasukan USIM telah membawa satu produk francais iaitu Neurostar Academy. Produk berbentuk servis kepada kanak-kanak berumur 7 hingga 10 tahun mengandungi modul advanced learning yang sangat menarik. Semoga produk francais ini dapat direalisasikan pada suatu hari nanti.