1 NOVEMBER 2015 – Satu Konvensyen 1 Keluarga, 1 Usahawan telah berlangsung di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM. Konvensyen ini dirasmikan oleh Naib Canselor USIM, Y.Bhg. Prof Dato Dr Musa Ahmad. Konvensyen yang dianjurkan oleh pelajar FEM dengan kerjasama PPKS dan Syarikat JSA Wise ini telah berjaya mengumpulkan hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan orang awam. Pengisian konvensyen ini adalah forum mengenai keusahawanan, perkongsian pengalaman oleh usahawan berjaya serta gerai jualan. Program ini juga telah membawa Fizo Omar, artis terkenal untuk berkongsi tips kejayaan perniagaan beliau. Semoga program sebegini dapat menaikkan semangat untuk melahirkan 1 keluarga, 1 usahawan.