3 SEPTEMBER 2015 – Seramai hampir 1900 orang pelajar baharu Sarjana Muda Sesi 2015/2016 telah mendengar perkongsian mengenai aspek keusahawanan daripada En. Azman Bidin, pengasas Syarikat Perfect Triangle. Para pelajar didedahkan dengan kepentingan menjana kewangan sendiri walaupun masih bergelar pelajar kerana keadaan ekonomi dewasa ini yang sangat mencabar. En Azman turut berkongsi pengalaman beliau menjadi usahawan berjaya agar menjadi motivasi dan inspirasi kepada pelajar USIM. Di akhir program, para pelajar diperkenalkan dengan program Hands On Programme of Entrepreneurship (HOPE) yang akan dianjurkan di USIM pada semester ini.