23 OGOS 2015 – PPKS telah melebarkan jaringan kerja dan merapatkan ukhuwwah dengan Entrepreneurship Institute, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi memantapkan gerak kerja pusat keusahawanan masing-masing. Sesi lawatan setengah hari yang diadakan di kampus UMK Pengkalan Chepa, Kelantan diisi dengan perkongsian pengalaman mengenai program dan aktiviti keusahawanan serta sistem pentadbiran pusat keusahawanan di UMK. Para peserta turut dibawa melawat ke sekitar kampus UMK di Pengkalan Chepa.