21 April 2013 (Ahad) : Seramai 60 orang pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dari pelbagai Fakulti terlibat dengan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (2013-2015) dan Program Women In Social Enterprise (WISE) 2013 di Pasir Gudang, Johor.

Majlis Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YB. Datuk Seri Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Program ini merupakan sebuah program keusahawanan sosial yang akan melibatkan pemindahan ilmu mengenai kemahiran perniagaan daripada IPT kepada komuniti setempat.