14 Jun 2013 (Jumaat) : Buat julung kalinya Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) dengan kerjasama Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) telah menyertai dan menjayakan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan 2013 (K3G13) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Karnival ini merupakan inisiatif KPT untuk membantu para graduan meningkatkan lagi kualiti dan kebolehdapatan kerja (employability) masing-masing.

Program ini juga dilihat mampu menjadi wadah untuk mengintegrasikan agensi kerajaan, pihak swasta, dan NGO dalam menangani isu kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan dan pembangunan kerjaya mereka disamping menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Sejumlah 400 buat booth disediakan dan 15,000 peluang pekerjaan dan keusahawanan disasarkan untuk ditawarkan pada karnival tahun ini.