9 Februari 2023 (Khamis) – Jabatan Pertanian Negeri Sembilan diketuai oleh Puan Siti Sapiah Binti Mohd Razmi Penolong Pengarah Pengembangan bersama 3 orang pegawai pertanian telah membuat lawatan penilaian tapak MyAgrosis Universiti. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menilai perkembangan projek pertanian oleh pelajar – pelajar USIM di bawah kendalian kelab MyAgrosis dan mempertimbangkan bantuan yang sesuai bagi proses penambahbaikan projek.