14 Januari 2023 (Sabtu), Nilai USIM – Kelab di bawah naungan Pusat Keusahawanan Universiti iaitu Selks telah membuka tirai tahun 2023 dengan mengambil inisiatif menganjurkan Program Bicara Santai Inspirasi @ USIM Bersama Alumni 1.0. Presiden Selks Saudara Muhammad Fedhul Hakim Fatah Yasin telah menjemput Saudara Muhammad Amirul Aiman pemilik syarikat Az Printing dan pengurus besarnya Saudara Muhammad Hairul Zakwan untuk berkongsi pengalaman dan memberi inspirasi kepada mahasiswa USIM untuk bergiat aktif dalam dunia keusahawanan dan menyedarkan mereka akan peluang besar yang menanti mereka.

Saudara Muhammad Amirul Aiman merupakan alumni Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM yang telah bergraduasi pada tahun 2010.

Program yang diadakan di Dewan Kuliah Fakulti DKF 2.1 FPQS itu telah tamat pada pukul 1.30 Tengahari dan cenderamata penghargaan telah disampaikan oleh Encik Marwan Bin Tahir selaku Timbalan Pengarah Pusat Keusahawanan Universiti.