NILAI, 10 April 2020 – Seramai 30 orang sukarelawan yang terdiri kakitangan, pelajar dan alumni USIM telah turut serta berbakti secara sukarela mambantu menghasilkan pakaian perlindungan PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan COVID-19.

Projek ini dilaksanakan hasil kerjasama Pusat Keusahawan Universiti USIM (PKUU), Klinik Pakar USIM dan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK). Projek PPE USIM mensasar untuk menghasilkan 2000 unit PPE.