Penyewaan Kiosk Siswaniaga adalah terbuka kepada pelajar-pelajar program sarjana muda USIM yang berdaftar sepenuh masa, persatuan-persatuan pelajar, sekretariat-sekretariat fakulti dan kumpulan projek lawatan antarabangsa yang rasmi di bawah USIM yang berminat untuk menjana pendapatan. Terdapat 6 buah kiosk yang disediakan iaitu di lokasi-lokasi berikut :

– Pusat Komersil – 1 buah

– Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) – 4 buah

– Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU) – 1 buah

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Penyewaan Kiosk Siswaniaga yang boleh didapati di Pejabat Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU). Tempoh penyewaan adalah 90 hari/3 bulan. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM300.00 untuk 3 bulan. Bayaran hendaklah dibuat sebelum memulakan perniagaan.