Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP)

Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) terletak di kawasan yang strategik yang menjadi tumpuan pelajar iaitu di kelilingi oleh empat buah fakulti dan kompleks Dewan Kuliah Pusat. Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) dilengkapi dengan kafetaria yang diusahakan oleh usahawan-usahawan pelajar, mesin ATM, kedai koperasi, perkhidmatan fotostat, kedai runcit, dan pusat kecantikan. Lot kedai di PKP adalah khusus untuk usahawan pelajar yang ingin mempelajari selok-belok perniagaan berasaskan makanan. Selain daripada lot kedai, PKP juga menyediakan ruang perniagaan kiosk yang menempatkan usahawan alumni USIM.  Kiosk Ayamazz Roti Impit yang menyediakan makanan berkonsepkan ‘grab and go’ menjadi tumpuan ramai.

Pusat Komersial (PK)

Pusat Komersil (PK) terletak di kawasan yang strategik yang menjadi tumpuan pelajar. Ia bersebelahan dengan Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Pusat Komersil (PK) terletaknya pejabat Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU).