STUDENT MALL

Student Mall USIM menempatkan 8 buah lot kedai yang diusahakan oleh usahawan-usahawan pelajar. Pembinaan Student Mall ini dibiayai oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), sebuah agensi latihan dan pembangunan usahawan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Kemudahan Student Mall ini telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk memperolehi pendedahan awal menjalankan perniagaan secara berpremis di dalam kampus. Hasil yang diharapkan daripada penyediaan prasarana ini adalah melahirkan usahawan pelajar yang mampu berdikari sebagai usahawan berjaya setelah mereka menamatkan pengajian di universiti.

Di antara perniagaan-perniagaan yang dijalankan di Student Mall USIM ialah perkhidmatan fotostat, percetakan dan penjilidan, menjual pakaian dan aksesori, kedai serbaneka dan spa kecantikan. Usahawan-usahawan pelajar yang mengusahakan Student Mall terdiri daripada pelajar-pelajar daripada pelbagai bidang pengajian termasuklah Syariah dan Undang-undang, Fiqh Fatwa, Ekonomi dan Muamalat, Sains dan Teknologi, Quran dan Sunnah, Dakwah, dan Kaunseling.