Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2010 selari dengan pelancaran Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT pada bulan April 2010. Peranan Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) adalah untuk merancang serta melaksana program-program latihan dan pembudayaan keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar USIM secara berstruktur.

Matlamat utama PKUU adalah untuk melahirkan usahawan graduan Muslim (graduate Muslimpreneurs) dan graduan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan (entrepreneurial graduates) yang mempunyai keterampilan tinggi dan berakhlak mulia.  Hubungan ini memantapkan usaha-usaha pembangunan keusahawanan siswa di USIM agar selaras dengan pembangunan keusahawanan siswa di universiti-universiti lain bagi menyokong serta merealisasikan Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT.

Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) mengatur program-program yang terancang bagi memantapkan pembudayaan keusahawanan serta pengukuhan keusahawanan di kalangan para pelajar. Di antara program pembudayaan keusahawanan yang dilaksanakan adalah Latihan Asas Keusahawanan Islam Siswa (LAKIS), Kursus Keusahawanan Siswa (KAKS), seminar-seminar keusahawanan, karnival keusahawanan, dan pelbagai aktiviti menarik. Program-program pembudayaan keusahawanan ini diperkukuhkan dengan penyediaan prasarana yang kondusif seperti Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) dan Student Mall di dalam kampus USIM.