3 MAC 2015 (SELASA) – Institut Penyelidikan Ikan, Gelami Lemi, Jelebu, Negeri Sembilan telah berbesar hati menjemput Sekretariat MyAgrosis USIM di bawah penyelarasan Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) untuk menyertai Bengkel Penternakan Ikan Keli, The Siluriformes (Catfish). Bengkel ini telah melibatkan  seramai 30 orang pelajar yang terpilih di kalangan Sekretariat MyAgrosis bagi mempelajari cara-cara penternakan ikan keli yang betul dan lebih sistematik. Bengkel ini juga sekaligus telah menjalinkan hubungan yang baik antara pihak Institut Penyelidikan Ikan, Gelami Lemi dengan USIM supaya dapat terus bekerjasama membantu para pelajar untuk berkecimpung dalam usahawan tani sehingga berjaya suatu hari nanti.