15 April 2022, Nilai – Majlis Perasmian Inkubator Bakeri & Kafe Genba Bakery Pusat Keusahawanan Usim (PKUU) telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri diiringi oleh Naib Canselor USIM Prof Dato Dr. Mohamed Ridza Wahiddin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic Berhad En. Nor Shahrizan Sulaiman. Majlis perasmian ini dijalankan serentak dengan Majlis Perasmian Pelancaran Program Prosumerism: Latihan Bakeri Asnaf USIM-Maybank Islamic berhad yang dirasmikan oleh En. Nor Shahrizan Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIB.

Perkataan “Genba Bakery” merupakan cetusan idea daripada Pengarah Pusat Keusahawanan Universiti USIM Dr. Anuar Sani yang berasal daripada perkataan Gen=Generasi dan Ba=Baru yang membawa maksud (Bakeri Generasi Baru).

Program Prosumerism: Latihan Bakeri Asnaf USIM-MIB melibatkan 80 orang pelajar asnaf USIM dengan jumlah tajaan RM500,000 daripada Maybank Islamic Berhad yang disalurkan melalui Pusat Wakaf dan Zakat USIM.

Dalam majlis yang sama, turut diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama para peserta dan pengurusan MIB.