19 – 21 Disember 2022, BangiProgram Siswapreneur Business Ethics and Compliance (SBEC) Educator Tahun 2022 anjuran bersama Pusat Keusahawanan Universiti PKUU USIM dan Kementerian Pengajian Tinggi KPT telah sempurna dilaksanakan dengan jayanya, program 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Hotel Tenera Bangi Selangor Darul Ehsan, seramai 8 orang penceramah dengan pelbagai kepakaran telah dijemput untuk menyempurnakan program SBEC Educator Tahun 2022 ini antaranya adalah daripada SSM, SPRM, LHDN, MyIPO, AKPK, dan juga Pensyarah-Pensyarah kanan daripada Fakulti Ekonomi dan Muamalat FEM USIM. Peserta program adalah daripada kalangan pensyarah-pensyarah pentadbir daripada Universiti Awam dan Kolej-Kolej Komuniti seluruh Negara.