17 Januari 2023 (Selasa), Nilai Impian – Kerja – kerja menaiktaraf bakeri luar Cafe Genba Bakery Pusat Keusahawanan Universiti sedang giat dijalankan. Cafe Genba Bakery adalah outlet kedua yang akan dibuka bagi Program Prosumerisme: Latihan Bakeri Asnaf USIM-MIB. Kini proses pengubahsuaian Cafe Genba Bakery, Nilai Impian berada di fasa akhir dan dijangka memulakan operasinya pada pertengahan bulan Februari 2023.