NILAI, 24 Februari 2021 – Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) bersama Pusat Kesihatan Universiti (PKU) telah menganjurkan Bengkel Profesional Bekam Siri 1/2021 yang diadakan di PKU. Bengkel ini dikendalikan oleh Dr. Nik Mohd Shafikudin Md Taujuddin, Pengarah PKU dan Dr. Anuar Sani, Pengarah PKUU selaku trainer bekam.
Objektif bengkel ini dijalankan untuk memberikan pendedahan secara profesional berkaitan kaedah rawatan bekam mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Seterusnya, memberikan pengetahuan tentang SOP rawatan bekam mengikut kriteria KKM. Bengkel ini juga adalah sebagai panduan bagi melaksanakan perniagaan rawatan bekam.
Seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah dan staf pentadbiran serta staf sokongan USIM telah mengikuti dengan jayanya sepanjang bengkel bekam ini dijalankan. Di akhir program ini, para peserta diberikan sijil penyertaan Bengkel Profesional Bekam yang telah ditandatangani oleh trainer dan juga set bekam dan pen lancet.
Leave A Comment