3-7 NOV 2018 – Latihan Keusahawanan Islam amat diperlukan untuk pembangunan Muslimpreneurs di kalangan pelajar IPT khususnya pelajar USIM. Ledakan perubahan sistem ekonomi konventional kepada sistem ekonomi islam semakin ketara dengan peningkatan permintaan terhadap sistem perbankan dan kewangan Islam, produk dan perkhidmatan halal, dan sistem pengurusan Islam.
Terdapat sembilan buah modul khusus telah dirangka untuk mengadakan Latihan Asas Keusahawanan Islam ini. Modul-modul yang ditawarkan adalah tidak terhad dan boleh ditambah dan dikembangkan berdasarkan keperluan semasa. Matlamat kursus secara keseluruhannya adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada ilmu-ilmu teori asas dan praktikal di dalam bidang keusahawanan Islam yang melibatkan asas-asas perniagaan.
Latihan Asas Keusahawanan Islam Siswa 9.0 (LAKIS 9.0) kali ini diadakan di Hotel Silka Maytower, Kuala Lumpur. Turut dikendalikan oleh 5 orang fasilitator USIM dan turut hadir sama wakil dari institusi kewangan seperti TEKUN,MARA dan PUNB bagi menjelaskan pembiayaan kewangan yang ditawarkan kepada para siswazah. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memastikan LAKIS pada tahun ini dapat mencapai matlamat dan objektif seperti yang dirancang.
Leave A Comment