20 Januari 2023 (Jumaat) – Satu lagi program bakal dijalankan oleh PKUU dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Sembilan untuk mempromosikan Tasik USIM sebagai salah satu destinasi memancing bagi penggemar aktiviti outdoor ini. Jabatan Perikanan Negeri Sembilan dihadiri oleh En. Kasim Bin Tawe, Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, En. Nazri Bin Rajab wakil cawangan Akuakultur, dan Puan Ruzaini Binti Md Radzi, Ketua Daerah Perikanan Seremban. Antara program yang bakal dijalankan adalah sesi penerangan berkaitan pentingnya menjaga ekosistem ikan local dan alam sekitar. Terima kasih kepada Pasukan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan Yang telah turun melawat tapak dan melihat sendiri potensi dalam menganjurkan program akan datang. Semoga program yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.
Leave A Comment