20 – 24 APRIL 2015 – Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) bagi subjek Keusahawanan dan Fakulti Sains dan Teknologi (FST) bagi subjek Pembangunan Produk Makanan telah mengadakan Minggu Keusahawanan (MKS) 2015 di Ruang Legar Pusat Keusahawanan Pelajar (PKP) bagi memberi pendedahan kepada pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terhadap dunia keusahawanan dan perniagaan di luar mahupun di dalam kampus.
Minggu Keusahawanan Siswa (MKS) 2015 yang bertemakan “Melestarikan Keusahawanan dan Inovasi Kampus” telah menghimpunkan pelajar seramai 1600 orang yang terdiri daripada 8 buah fakulti yang terdapat di USIM. Sebanyak 200 gerai dibuka sepanjang Minggu Keusahawanan Siswa (MKS) 2015 dan pelbagai barangan yang menarik turut dijual oleh para pelajar.
Acara kemuncak pada Minggu Keusahawanan Siswa (MKS) 2015 ini adalah Pertandingan Business Pitching bagi mengasah bakat para pelajar tentang idea perniagaan dan seramai 30 orang pelajar telah terlibat. Juri daripada pihak industri turut dijemput bagi menjayakan pertandingan ini. Pelbagai idea menarik dan kreatif telah dibentangkan dalam masa 5 minit setiap peserta. Hadiah tempat pertama telah dimenangi oleh Saudara Arif dengan idea beliau untuk mengembangkan perniagaan kambing milik keluarganya.
Majlis Penutup bagi Minggu Keusahawanan Siswa (MKS) 2015 ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM dan telah mendapat maklum balas yang sangat baik dari beliau serta akan sentiasa terus memberi sokongan kepada Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) dalam membudayakan keusahawanan di dalam kampus.
Leave A Comment