7 Julai 2013 (Ahad) : Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS) telah menghantar seramai 40 orang pelajar USIM dari pelbagai Fakulti sebagai pemerhati dalam Pertandingan Enactus Malaysia National Exposition (EMNE) 2013 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Turut bersama para pelajar terbabit adalah 4 orang pelajar yang terdiri dari ahli Enactus USIM yang telah dilantik sebagai pembentang bagi pertandingan tersebut.
Pertandingan Enactus Malaysia National Exposition (EMNE) peringkat Kebangsaan merupakan acara tahunan yang penting bagi kesemua universiti yang terlibat di dalam Projek Enactus di mana setiap pasukan akan membentangkan projek – projek komuniti yang telah mereka jalankan di hadapan para hakim yang terdiri daripada golongan profesional seperti wakil dari Khazanah Nasional Berhad, Rhythm Consolidated Berhad, Emerge Systems (M) Sdn Bhd, KPMG.
Universiti-universiti akan bertanding bagi merebut gelaran Juara Kebangsaan Enactus Malaysia dan Juara tersebut akan mewakili negara ke peringkat Antarabangsa dan berentap dengan 44 buah negara di Pertandingan Enactus World Cup Championship yang dijadualkan berlangsung di Cancun, Mexico pada 29 September hingga 1 Oktober 2013.
Leave A Comment