KUALA LUMPUR 10 April 2019 – Pusat Keusahawanan (PKUU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Latihan Asas Keusahawanan Islam Siswa (LAKIS 10.0) buat kali kesepuluh. Pada tahun ini LAKIS 10.0 telah berlansung di Hotel Silka Maytower, Kuala Lumpur pada 6 hingga 10 April 2019.

Tujuan Program LAKIS ini diadakan bagi memberi pengetahuan dan ilmu tentang keusahawanan kepada mahasiswa USIM yang mempunyai minat mendalam untuk bergiat secara aktif sebagai usahawan. Disamping itu, pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dijalankan sepanjang 9rogram berlangsung.

Selain itu, Program ini turut dimeriahkan lagi dengan penglibatan pensyarah-pensyarah dari USIM sebagai fasilitator dan juga penceramah jemputan luar seperti Ustaz Mohd Amri bin Abdullah, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Usahawan Alumni USIM dan ramai lagi.