NILAI, 22 Februari 2021: Bengkel Jahitan Social Entrepreneurship-Urban to Community (SE-UTC) dengan geran KPT-UPSI dimulakan dengan Train the Trainer session di Inkubator Jahitan, Pusat Keusahwanan Universiti (PKUU). Diselaraskan oleh Dr. Ezza dengan bantuan Dr. Ainna Rosdi, pensyarah Fakulti Ekonomi dan Mualamat (FEM), projek ini mengumpulkan pelajar, asnaf, staf dan wakil Exco kebajikan Masjid Dato’ Kelana Petra, Nilai untuk bersama-sama mengasah kemahiran menjahit dan perniagaan keusahawanan.
Bermula dengan penghasilan PPE dan seterusnya adalah kearah jahitan pakaian bernilai tinggi seperti gown pengantin yang akan dibimbingan oleh Coach Burhan Merhad.
Antara individu dan agensi-agensi yang akan terlibat dalam program ini ialah Tn. Haji Raja Sharin (Masjid Dato’ Klana Petra, Nilai), Ustaz Arief (Charity Care Malaysia (CCM)), Puan Sumaliza dan Puan Amiza (Semarak Resource Centre (Asnaf)), saudari Husna dan Adawiyah (MPP USIM), Puan Zakieyah (KOSISWA USIM), Dr. Azlina Mokhtar
dan Dr. Eyzawiyah (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) dan Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) selaku penganjur utama.
dan Dr. Eyzawiyah (Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan) dan Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU) selaku penganjur utama.
Leave A Comment