KUALA LUMPUR, 3 September 2019 – USIM meneruskan legasi keusahawanan siswa Islam dengan program Latihan Asas Keusahawanan Islam (LAKIS 11.0) yang mana memberi impak yang jitu dalam pengukuhan pelaksanaan perniagaan semasa dalam pengajian. Penganjuran LAKIS ini menjadi titik tolak serta penanda aras USIM dalam penghasilan mahasiswa yang berkaliber dan beretika serta penuh dengan nilai-nilai murni. Keseimbangan ilmu Naqli dan Aqli ini dikongsi bersama berganding bahu dalam memastikan penerapannya dicapai sekaligus melahirkan usahawan siswa Islam yang boleh dirujuk dan diteladani.
Leave A Comment