NILAI 19 Ogos 2021 – Pusat Keusahawanan Universiti (PKUU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Latihan Asas Keusahawanan Islam Siswa (LAKIS 13.0) buat kali ketigabelas sepanjang penganjurannya. Pada tahun ini LAKIS 13.0 telah berlangsung secara atas talian menggunakan Zoom Meeting kerana dijalankan pada waktu Pandemik Covid19.

Tujuan Program LAKIS ini diadakan bagi memberi pengetahuan dan ilmu tentang keusahawanan kepada mahasiswa/wi USIM serta membolehkan pelajar membuat keputusan yang lebih tepat sebelum meneruskan atau memilih bidang Keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Disamping itu, untuk memenuhi keperluan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui adaptasi domain perniagaan Islam.

Selain itu, Program ini turut dimeriahkan lagi dengan penglibatan pensyarah-pensyarah dari USIM sebagai fasilitator dan juga penceramah jemputan luar seperti Ustaz Mohamad Samir Sulaiman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawal Selia Halal, JAKIM, wakil Niagawan Plus Sdn Bhd dan ramai lagi.