NILAI, 30 Mac 2021 – USIM meneruskan legasi keusahawanan siswa Islam dengan program Latihan Asas Keusahawanan Islam; Young Entrepreneurship in Technoscience (LAKIS @ TECH 12.0) yang mana memberi impak yang jitu dalam pengukuhan pelaksanaan perniagaan disesuaikan dengan acuan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan keperluan PKUU dalam membangunkan teknologi sains kepada mahasiswa/wi dan masyarakat sekitar.
Pelaksanaan Lakis@Tech ini secara hibrid ( secara dalam talian dan bersemuka) mampu memberikan pelbagai manfaat dan keuntungan kepada semua. Lakis @ Tech 12.0 ini dianjurkan beberapa fasa, Fasa 1 dan Fasa 2 disertai 60 pelajar dari FKAB. Ini juga dapat diselarikan dengan model pendidikan di USIM iaitu berteraskan ilmu Aqli dan Naqli. Semoga dengan penganjuran program ini sekaligus dapat melahirkan usahawan siswa Islam yang boleh diteladani.
Leave A Comment