26 NOVEMBER 2015 – Buku Biografi Usahawan Alumni USIM – Dari Menara Ke Angkasa telah berjaya dilancarkan dengan majlis yang gilang gemilang di Pentas Utama Konvensyen Keusahawanan Islam (iCEPs’11). Majlis pelancaran buku ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM dan turut dihadiri oleh Usahawan Alumni yang berjaya.

Terbitan buku ini adalah dari kerjasama PPKS dan Pusat Alumni USIM yang sepanjang tahun mencari dan mengumpul maklumat Usahawan Alumni USIM bagi menerbitkan sebuah buku yang boleh memberi semangat kepada Usahawan Siswa yang baru berkecimpung dalam dunia perniagaan. Seharusnya kita tahu, dunia perniagaan adalah dunia yang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Selaras dengan itulah, pihak PPKS dan Pusat Alumni USIM mengambil tangungjawab ini untuk menjadikan Buku Biografi Usahawan Alumni USIM ini sebagai pemangkin kepada kejayaan usahawan seterusnya.