NILAI, 20 April 2019 – Pusat Keusahawanan Universiti meneruskan program keusahawanan sosialnya dengan penganjuran Social Entrepreneurship @ Urban Community 2.0 yang mana telah menyentuh kumpulan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak menerima mana-mana tawaran pengajian mahupun pekerjaan. Mereka diberi pendedahan asas keusahawanan dalam bidang pembuatan bakeri dan pastri sehingga mereka peroleh manfaat dan mampu menjalankan perusahaan kecil sendiri.